Make your own free website on Tripod.com

AMBKU SAYANG

Salam sejahtera kepada semua pengundi. AMB mengucapkan selamat bersua kembali kepada semua penyokong AMB dan penyokong IPKM, semoga tahun ini kita semua bersedia untuk memulakan reformasi di kampus hijau ini.

Demam pilihanraya kampus makin terasa. Pihak-pihak yang bertanding sudah mula menampakkan taring masing-masing. Irama kata-mengata sudah kedengaran. Mana yang kena smash tu, mesti panas telinga. Kalau telinga kuali tak apa, ini masing-masing telinga nipis, darah mudalah katakan. Nak tunjukkan kehebatan idealisma masing-masing.

Dalam hal ini AMB tidak terkecuali menjadi mangsa AMB dikatakan pro pihak pembangkang kerana persamaan idea dengan parti politik luar. AMB masih bersabar. Sebab mahasiswa tidak boleh terlibat dengan politik. Ini termaktub dalam AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) 1971 Pindaan 1975 melarang mana-mana pelajar untuk terlibat dengan sebarang parti politik atau cenderung kepadanya.

AMB akur kepada peraturan ini, sebab AMB pun student. Student mestilah ikut peraturan. Kalau tak ikut peraturan universiti, itu bukan student universiti namanya.

Isu yang AMB perjuangkan adalah bersifat global. Malah semua orang boleh memperjuangkannya. Kalau terdapat persamaan dengan pihak-pihak lain, apa yang boleh kami buat ? Kami tidak mampu nak menyekat suara orang lain agar sama dengan suara kami.

Cuma AMB adalah suara mahasiswa . AMB cuma memperjuangkan kebenaran dengan tidak meninggalkan etika dan nilai-nilai moral. AMB bukannya 'Michiavellisme' yang matlamat menghalalkan cara. Itu bukan prinsip AMB. AMB cuma mahu melihat kebenaran itu selalu berada di pihak yang benar. Oleh sebab itu jika ada mana-mana persamaan itu hanyalah kebetulan sahaja.

Untuk itu juga, kami menyeru kepada kawan yang ikut bertanding, supaya pilihanraya kampus pada kali ini kita bertanding secara gentlemen. Kita bertanding seperti anak jantan. Janganlah bacul sehingga lempar batu sembunyikan tangan. Tidak mewujudkan ketegangan kaum dan tiada lobi melobi pihak tertentu demi kepentingan diri sendiri. .

Sekali lagi, AMB menyeru semua warga kampus jika ada sebarang maklumat mengenai hentam-menghentam pilihanraya kampus ini dengan mengaitkan pihak yang bertanding dengan parti di luar, bolehlah disalurkan ke Sekretariat Aduan Dan Tindakan AMB SMART, di talian hotline :

 

017-8744775 (Che Zaki) atau

017-8747191 (Hisyam) , dan

e-mail : ambsmart@hotmail.com

Sebarang maklumat individu yang melaporkan akan dirahsiakan.