Make your own free website on Tripod.com

APAKAH ITU PILIHANRAYA ?

Melalui definisi Kamus dewan (1996), pilihanraya bermaksud pilihan yang dijalankan untuk memilih wakil-wakil rakyat ke parlimen (Dewan Undangan Negeri dan sebagainya), manakala dari sudut bahasa pasar plihanraya adalah proses pemilihan untuk memilih pemimpin.

PILIHANRAYA KAMPUS

Pilihanraya kampus terbahagi kepada dua iaitu pemilihan wakil fakulti dan wakil bebas. Dua kerusi setiap fakulti dan 12 kerusi kawasan bebas dipertandingkan. Pengundian calon bebas dan faklti dilakukan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz (dikenali sebagai Dewan Besar). Wakil yang telah menang akan menganggotai Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia.

Perkara

Tempoh

Tarikh

i) Penamaan calon

Sehari sahaja

12 Ogos 1997

ii) Waktu berkempen

4 hari berturut-turut

16 ogos - 19 Ogos 1997

iii) Pembuangan undi

Sehari sahaja (8.30 pagi - 4.00 petang)

20 Ogos 1997

SIAPA YANG LAYAK MENGUNDI ?

Setiap pelajar Bacelor dan Diploma berhak untuk mengundi di fakulti dan di kolej masing-masing. Oleh itu, setiap pelajar Bacelor dan Diploma hendaklah turun untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar Universiti Putra Malaysia.

MACAM MANA NAK MENGUNDI ?

Contoh mengundi yang betul :-

betul1.gif (1818 bytes) betul2.gif (1781 bytes) betul3.gif (1678 bytes)

Contoh mengundi yang salah :-

salah1.gif (2215 bytes) salah2.gif (1770 bytes) salah3.gif (1696 bytes)